Kesihatan Kulit Kepala dan rambut gugur

Posted by Joecgp Saturday 2 May 2009 0 comments
RAMBUT umpama barometer kesihatan. Secara amnya, ia memberi petunjuk awal mengenai kesihatan kepala.

Keguguran rambut juga bagaikan petunjuk awal kepada masalah yang wujud pada lapisan dalaman kulit kepala dan kesihatan badan.

Selain kekurangan zat makanan dan mineral, tekanan dan penggunaan bahan kimia secara berlebihan juga menjadi punca. Penggunaan syampu antikelemumur dan tabiat mencuci rambut setiap hari tidak digalakkan kerana bahan kimia yang berlebihan akan mengeringkan kulit kepala.




KAEDAH rawatan herba yang menggunakan kombinasi herba-herba dari India Utara.

--------------------------------------------------------------------------------


Pengasas Nexhs Herbal, R.C Rajhaletchumy berkata, kebanyakan wanita dalam lingkungan umur 20 hingga 35 tahun mengalami kerosakan rambut akibat keinginan memiliki gaya rambut yang pelbagai. Kebiasaannya, mereka yang memiliki rambut kerinting inginkan rambut lurus dan sebaliknya.

Bagi menangani masalah ini, Nexhs Herbal menggunakan kaedah rawatan herba, Siddha dan produk alternatif konvensional iaitu kombinasi herba-herba aktif dari India Utara.

"Harga rawatan bagi masalah keguguran rambut ialah RM49 dan rawatan untuk melebatkan rambut ialah RM25 satu sesi," ujar Rajhaletchumy bahawa herba-herba tersebut mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



DAUN kari membantu menguatkan pigmentasi rambut dan menyihatkan kulit kepala.

--------------------------------------------------------------------------------


Sambil memberi jaminan dapat menghindari masalah kulit kepala melalui amalan sains Siddha-Ayurveda, beliau berkongsi tip-tip berikut iaitu :

* Ambil daun kari yang segar dan dikeringkan sebelum dihancur menggunakan pengisar elektrik. Masukkan ke dalam bekas kering. Setiap pagi, makan satu sudu kecil dengan perut kosong sebelum bersarapan.

Amalan ini membantu menguatkan pigmentasi rambut dan menyihatkan kulit kepala.

* Elakkan menggunakan air panas untuk membasuh rambut kecuali untuk mereka yang mempunyai masalah sinus.

Amalan ini mengakibatkan kedutan dan penuaan pada kulit kepala. Secara tidak langsung, ia menyukarkan rambut tumbuh panjang.

* Mencuci rambut dengan syampu tiga kali seminggu sudah memadai. Jika lebih, kulit kepala menjadi terlalu kering lalu menyebabkan masalah kelemumur. Lendir yang dikeluarkan oleh kelenjar minyak yang dikenali sebagai sebum, merupakan tonik semula jadi rambut untuk melindungi kutikal kulit kepala. Sodium laurate sulfat yang terdapat dalam syampu akan menghakis dan mengeringkan kulit sehingga terbentuk kelemumur jika anda mencuci rambut setiap hari.


TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: Kesihatan Kulit Kepala dan rambut gugur
Ditulis oleh Joecgp
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://tampilmanisdancantik.blogspot.com/2009/05/kesihatan-kulit-kepala-dan-rambut-gugur.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.

0 comments:

Post a Comment

ricky pratama support eva's blog - Original design by Bamz | Copyright of Susu Glutera | Susu Pemutih.